Cari @ Amanz

LG G6 ialah peranti pertama yang dilancarkan dengan skrin memanjang bernisbah 18:9. Dengan skrin yang unik ini, saiz bezel menjadi semakin nipis dan meningkatkan nisbah skrin kepada permukaan hadapan peranti. LG didapati mempatenkan rekaan peranti baru dengan konfigurasi skrin kedua yang unik. Dengan rekaan ini luas permukaan skrin akan menjadi semakin besar dan menjadikan peranti semakin hampir menjadi semua-skrin.

Penggunaan skrin sekunder pertama kali dilihat pada LG V10. Dengan paten baru ini luas permukaan skrin kedua ini akan menjadi lebih besar. Skrin sekunder pada bahagian atas terbelah dua dengan pembesar suara fizikal dihimpit ditengah-tengah. Tidak seperti Xiaomi Mi Mix, LG nampaknya tidak menggunakan pembesar suara piezoelektrik untuk peranti tanpa dahi. Ini ialah rekaan yang unik.

Kami mendapati kualiti audio sistem pembesar suar piezoelektrik Mi Mix adalah kurang memuaskan jika dibandingkan dengan pembesar suara fizikal. Kini timbul spekulasi ini mungkin rekaan untuk LG V30 kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd