Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Mix ialah peranti yang bertanggungjawab memulakan trend peranti dengan rekaan hampir semua skrin. Ini mendorong pengeluar lain seperti Samsung, LG, Apple, Essential dan Doogee untuk turut menghasilkan versi mereka. Sebenarnya Sharp terlebih dahulu melancarkan peranti hampir tiada bezel tetapi ia hanya dijual untuk pasaran Jepun. Mereka akan melancarkan dua lagi peranti semua-skrin dengan luas skrin kepada permukaan hadapan yang lebih besar berbanding peranti lain di pasaran.

Sharp FS8016 dan FS8010 kedua-duanya mempunyai skrin hadapan yang hampir tiada bezel dengan nisbah skrin lebih tinggi berbanding lebih baik dari peranti lain di pasaran. Kedua-duanya mempunyai skrin 5.5″ QHD, memori 4/6 GB RAM dan storan 64 GB. dwi kamera utama 12+12 Megapixel dan kamera hadapan 8-Megapixel. FS8016 diperkasakan oleh pemproses Snapdragon 660 manakala FRS8010 pula diperkasakan pemproses Snapdragon 330.

Peranti dengan Android 7.1.1 hampir semua-skrin sebenar ini akan mula dijual 17 Julai hadapan untuk pasaran Jepun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd