Nokia Nokia 3310 Edisi Trump Putin Dijual Pada Harga Hampir RM 11000

Nokia Nokia 3310 Edisi Trump Putin Dijual Pada Harga Hampir RM 11000

Diterbitkan pada July 8, 2017 oleh .

Nokia 3310 2017 mula memasuki pasaran Malaysia bukan Jun yang lalu dengan harga jualan RM 239 sebuah. Bagi yang ingin bernostalgia, edisi moden peranti klasik ini pasti ingin dimiliki. Tetapi bagi yang merasakan rekaan tubuh plastik 3310 tidak cukup premium. kini wujud edisi Trump Putin yang lebih premium.

Nokia 3310 2017 Trump Putin dihasilkan oleh Caviar yang sebelum ini menghasilkan iPhone 6s Pokemon Go dan iPhone Vladimir Putin. Harga jualan untuk 3310 edisi elit ini ialah 149000 Rubles (~RM 10609) sebuah. Tubuh plastik peranti digantikan dengan platinum. Peranti ini dihasilkan dalam jumlah yang terhad sempena persidangan G20 yang sedang berlangsung di Jerman pada ketika ini.


TIPS & ULASAN