Pemproses Apple A11 Bionic Dengan Mudah Mengalahkan Snapdragon 835 dan Exynos 8895 Dalam Ujian penanda Aras

Pemproses Apple A11 Bionic Dengan Mudah Mengalahkan Snapdragon 835 dan Exynos 8895 Dalam Ujian penanda Aras

Diterbitkan pada Sep 16, 2017 oleh .

Di Makmal Amanz tahun ini, pemproses Exynos 8895 yang digunakan pada Galaxy S8 dan Note 8 adalah raja ujian penanda aras setakat ini. Di belakang Exynos 8895 ialah Snapdragon 835 yang ditemui di dalam HTC U11 dan Mi 6. Pemproses terkini dari Apple iaitu A11 Bionic yang digunakan pada iPhone 8 dan iPhone X menjanjikan prestasi yang tinggi? Tetapi sejauh manakah kepantasannya berbanding dua pemproses terbaik untuk platform Android?

Persoalan ini terjawab apabila ujian GeekBench 4 untuk iPhone X muncul di atas talian. Walaupun hanya dilengkapi enam teras, ia dengan mudah memintas markah tertinggi yang dicatatkan oleh Exynos 8895 dan Snapdragon 835.

Dalam ujian pelbagai teras, A11 Fusion mencatatkan 10069 markah berbanding 6784 markah yang dicatatkan Exynos 8895 yang bersamaan dengan peningkatan 48.4%. Dalam ujian satu teras pula A11 Bionic mencatatkan 4188 markah berbanding 1991 markah oleh Exynos 8895 yang bersamaan dengan peningkatan 110.3%!

Apabila dibandingkan dengan A10 Fusion yang digunakan pada iPhone 7 Plus, peningkatan markah pelbagai teras ialah 77.8% manakala ujian satu teras pula ia peningkatan markah pula ialah 20.6%. Markah pelbagai teras yang tinggi ini dicapai kepada A11 Bionic boleh menggunakan keenam-enam teras secara serentak untuk melakukan tugas-tugas berat.

Kini kita hanya perlu menanti markah penanda aras untuk pemproses HiSiilicon Kirin 970 keluaran Huawei. Adakah pemproses untuk Huawei Mate 10 akan dapat mengalahkan A11 Bionic?


TIPS & ULASAN