Cari @ Amanz

HTC U11 ialah antara peranti yang paling unik di pasaran sekarang kerana mempunyai bingkai yang boleh dipicit. Sistem Edge Sense ini membolehkan pengguna melancarkan kamera atau pembantu maya dengan menggenggam peranti. Tiada peranti lain di pasaran mempunyai kemampuan yang sama. Kini terdapat petunjuk ia mungkin akan wujud pada peranti Google Pixel 2.

Google Pixel 2017

Laman 9 To 5 Google melakukan siasatan ke atas kod di alam aplikasi Google Apps 7.12. Di dalam kod iniĀ  mereka menemui arahan untuk sistem Active Edge yang melancarkan pembantu maya dengan aksi picitan. Kewujudan sistem ini tidak mengejutkan kerana HTC akan menghasilkan salah satu dari dua model Pixel 2 tahun ini. Sebuah lagi model dipercayai akan dihasilkan oleh LG.

Google Pixel 2 akan dilancarkan pada 4 Oktober hadapan. Sebagai pengguna HTC U11 harus kamu akui fungsi Edge Sense ini kerap kami gunakan dan penggunanya secara lebih meluas amat kami nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd