Oppo sedia menjadualkan pengenalan Oppo F5 pada minggu ini, dan bakal hadir ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Kini, selain daripada Oppo F5, pihak Oppo dilihat turut dalam persediaan untuk melancarkan Oppo R11s.
Oppo R11s dijangka menggunakan skrin 6-inci dengan nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip Snapdragon 660, memori 4GB RAM dan ruangan storan 64GB. Info tertiris turut mengatakan ia akan dilengkapi kamera selfie 20-megapixel, selain menggunakan gabungan kamera 20MP+16MP dibelakang. Ia dijangka dijana bateri berkapasiti 4000mAh.
Buat masa ini, Oppo telah mulakan pemasarannya di China, dan dijangka melancarkannya di China pada 2 November kelak.
Ia tidak diketahui lagi bilakah Oppo R11s akan ditawarkan pada peringkat global. Sehingga ke hari ini, Oppo R11 masih belum dilancarkan di Malaysia.