Carian
Pemilik iPhone X Melaporkan Masalah Skrin Tidak Berfungsi Dalam Cuaca Sejuk
November 10, 2017 Effi Saharudin

Masalah pada peranti yang baru dilancarkan kini bukan lagi kes terpencil. iPhone 8, Galaxy S8, OnePlus 5 dan Pixel 2 XL kesemuanya pernah kami laporkan menghadapi masalah sejurus selepas dipasarkan. Hari ini tiba giliran iPhone X pula yang mempunyai masalah melibatkan skrin.

Pemilik mula menyedari skrin akan gagal berfungsi selama dua saat sekiranya peranti digunakan dalam cuaca sejuk. Tatalan tidak dapat dilakukan langsung untuk tempoh yang pendek ini. Apple telah dimaklumkan mengenai isu ini dan telah mengeluarkan kenyataan rasmi.

Menurut Apple ia adalah pepijat pada iOS. Kesemua iPhone X direka untuk berfungsi secara optimum di dalam julat suhu 0-35 darjah Celsius. Kemaskini akan diberikan dalam masa terdekat bagi menyelesaikan masalah ini. Ini pasti melegakan pengguna yang tinggal di kawasan beriklim sejuk. Di Malaysia kita boleh menghela nafas lega kerana suhu purata tahunan jatuh di dalam julat operasi yang ditetapkan Apple.

Komen