Cari @ Amanz

Bulan ini kami sedari terdapat banyak tawaran ditawarkan untuk peranti. Terkini Oppo telah mengemaskini harga jualan untuk Oppo F5 dan Oppo A83. Oppo F5 kini boleh dimiliki pada harga RM1099 berbanding harga asal RM 1299. Oppo A83 pula kini berharga RM799 berbanding harga asal RM899.

Oppo F5 dilengkapi skrin 6-inci, cip MediaTek MT6763T, memori 4GB RAM, ruangan storan 32GB, kamera belakang 16-megapixel dan juga kamera hadapan 20-megapixel. Melengkapkannya juga adalah sokongan dwi-SIM, dan bateri berkapasiti 3200mAh.

Oppo A83 pula dilengkapi skrin 5.7-inci pada nisbah skrin 18:9, dilengkapi cip MediaTek P23, memori 3GB RAM, dan ruangan storan 32GB. Melengkapkan ia juga adalah kamera belakang 13-megapixel, kamera hadapan 8-megapixel dan bateri berkapasiti 3180 mAh.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd