Cari @ Amanz

Di dalam ulasan iPhone X yang kami tulis, fungsi kawalan gesture adalah satu fungsi yang kami harap ditiru oleh Android. Penukaran aplikasi adalah lebih pantas berbanding menekan bulan multi tugas terlebih dahulu. Permintaan kami ini mungkin didengari oleh Google kerana mereka sedang mengujinya di dalam Android P Developer Preview.

Blog rasmi Android memaparkan rekaan butang baru pada gambar rakaman skrin tetapan DNS. Seperti anda boleh lihat di atas ia terdiri daripada satu butang anak panah dan satu talam kecil yang menyerupai talam kecil pada antaramuka iPhone X. Apabila rakaman gambar di atas disedari, ia telah dipadam dan digantikan dengan gambar berbeza. Ini menyemarakkan lagi spekulasi kawalan berasaskan gesture akan hadir ke Android P.

Sistem berasaskan gesture ini telahpun digunakan pada peranti Android Xiaomi Mi MIX 2S dan Oppo R15. Pada waktu yang sama Android P turut akan menyokong skrin bertakuk. Sebagai pengguna Android dan iPhone X, kami akan mengalukan sokongan kawalan peranti yang sama pada dua sistem operasi yang berbeza.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd