Realiti gabungan ialah teknologi yang dipercayai akan membawakan impak yang besar kepada dunia peranti mudah alih. Google komited kepada pembangunan platform ini dengan memperkenalkan AR Core sebagai ganti kepada Project Tango. Tetapi jumlah peranti yang disokong oleh AR Core adalah agak kecil. Semalam Xiaomi Mi MIX 2S menjadi sebuah lagi peranti yang disokong secara rasmi.
Starting today, #ARCore apps are available on Mix 2S devices from the Xiaomi App Store in China. More partners coming soon → https://t.co/16QoOTgqve pic.twitter.com/lT4TYXrzwF
— Google AR & VR (@GoogleARVR) May 28, 2018
Uniknya mengenai Mi MIX 2S ialah sokongan AR Core akan turut diberikan kepada pengguna di China. Ini adalah unik kerana muat turun AR Core akan diberikan menerusi Xiaomi App Store. Sebelum ini ia hanya boleh dilakukan menerusi Play Store yang tidak ditawarkan di negara tersebut. Google juga akan bekerjasama dengan pembangun tempatan bagi menghasilkan kandungan menyokong AR Core.
Xiaomi Mi MIX 2S akan dilancarkan di Malaysia apda 1 Jun ini dan pengumuman ini membolehkan aplikasi AR Core seperti IKEA Place digunakan pada hari pertama peranti dijual.