Cari @ Amanz

Apple mengubah landskap industri muzik dengan menghasilkan iPod dan iTunes. Dua ciptaan ini menyelamatkan industri muzik dari pupus akibat masalah cetak rompak yang serius pada awal milenium yang lalu. Kini Apple bukan sahaja terkenal sebagai syarikat teknologi tetapi syarikat yang menghasilkan peralatan audio selepas mengambil alih Beats by Dre dan speaker pintar HomePod.

Menurut Bloomberg, Apple sedang membangunkan AirPods dengan sistem peredam bunyi aktif (active noise cancellation), fon kepala berkualiti studio serta HomePod baharu. Model baharu AirPods ini bukan sahaja dilengkapi ANC, malahan mempunyai kemampuan kalis air, jarak tambatan Bluetooth lebih jauh dan sokongan kawalan Siri tanpa sebarang sentuhan.

Walaupun kalis air ia tidak boleh dibawa berenang sebaliknya ia sekadar mengelakkan kerosakan akibat peluh. Laporan yang sama turut mengatakan AirPods akan mempunyai pengimbas biometri yang mengesan nadi pemakai dan menyokong pengecasan tanpa wayar menggunakan AirPower. Model ini dijangka hadir seawal 2019.

BeatsSeterusnya ialah fon kelapa berkualiti studio. Menarik sekali ia akan menggunakan jenama Apple dan bukannya Beats. Ia tidak bersaing dengan Beats tetapi dilihat sebagai jenama berkualiti tinggi bagi bersaing dengan Bose dan Sennheiser yang popular di kalangan elitis audio. Seperti AirPods baru, ia mensasarkan jualan pada awal 2019.

Akhir sekali HomePods baharu akan turut dijual kali ini ia akan dihasilkan oleh Foxconn. Jualannya masih lagi kurang memuaskan dan di belakang Amazon Echo dan Google Home. Model terbaru ini akan cuba menambah lagi fungsi dan memperbaiki masalah yang wujud pada model semasa.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd