Mod Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Kini Disokong Di Malaysia

Mod Navigasi Motosikal Untuk Google Maps Kini Disokong Di Malaysia

Diterbitkan pada June 27, 2018 oleh .

Motosikal ialah kenderaan pilihan bagi mereka yang tidak mahu kerap terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Ia mudah menyelinap dan mencilok di antara kereta untuk bergerak. Oleh itu sistem navigasi berasaskan kenderaan lain tidak tepat untuk digunakan oleh penunggang motosikal.

Tahun lalu mod navigasi motosikal Google Maps diuji di India sebelum diaktifkan di Indonesia pada bulan Mac. Mod ini akhirnya diaktifkan untuk penunggang motosikal di Malaysia. Buka Google Maps dan pilih destinasi yang ingin anda pergi. Pilihan untuk motosikal kini diberikan bersebelahan logo kereta.

Jika anda baru membuka aplikasi hari ini, ia akan memberikan anda notifikasi untuk fungsi baru ini. Bagi penunggang motosikal ini pasti fungsi yang amat lama dinantikan kerana ia telahpun disokong di Waze sejak November 2017. Pastikan anda mempunyai cagak  peranti pada motosikal kerana memegangnya ketika menunggang adalah amat berbahaya.


TIPS & ULASAN