Cari @ Amanz

Microsoft sebelum ini telah memperkenalkan perisian kolaborasi dan juga pesaing untuk perkhidmatan popular Slack, dinamakan sebagai Microsoft Teams. Pada awalnya, ia hanya hadir dalam pilihan berbayar, tetapi ia kini berubah dan turut ditawarkan dalam bentuk pilihan percuma.

Microsoft Teams

Microsoft Teams versi percuma ini memfokuskan kepada perusahaan kecil dan sederhana, dimana ia membolehkan sesuatu syarikat menggunakan Teams untuk berkomunikasi dan berkolaborasi antara satu sama lain. Versi percuma ini menyokong sehingga 300 pengguna pada sesuatu masa, selain turut hadir dengan 10GB storan fail percuma untuk penggunaan berkumpulan.

Bagi anda yang berminat, dan mempunyai perusahaan kecil dan sederhana – atau turut ingin menguruskan persatuan dan sebagainya, mungkin boleh mencuba Microsoft Teams ini hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd