Google Melancarkan Permainan-Dalam-Aplikasi Quick Draw Untuk WeChat Di China

Google Melancarkan Permainan-Dalam-Aplikasi Quick Draw Untuk WeChat Di China

Diterbitkan pada July 19, 2018 oleh .

Google sebeleum ini diharamkan oleh kerajaan di China atas sebab-sebab tertentu. Hari demi hari, Google secara perlahan kembali di China. Terbaru, mereka melencarkan Quick Draw – iaitu permainan-dalam-aplikasi untuk WeChat.

Apa yang menarik dengan Quick Draw adalah – ia bukan sekadar permainan-dalam-aplikasi yang biasa, tetapi mempunyai kecerdasan buatan terbina. Aplikasi Quick Draw ini mula dibangunkan pada dua tahun lepas. Ia adalah satu permainan ringkas dimana, pemain perlu melakar sesuatu seperti gajah, jam, baju atau topi dan Google akan cuba teka dan kesan menggunakan rangkaian neural.

Rangkaian neural ini mengandungi data sebanyak 50 Juta lakaran di dalam storan awan Google AI.

Sebelum ini Google telah membuat pelaburan pada laman e-dagan JD.com. Kemudian Google turut telah melancarkan Files-Go dan Google ARCore untuk beberapa peranti terpilih.


TIPS & ULASAN