Cari @ Amanz

Google Pixel 3 dan Google Pixel 3 XL adalah peranti Pixel terbaru yang ramai peminat Android asli nantikan. Selepas pelbagai informasi tertiris – kini set penuh Pixel 3 XL tertiris. Ia memperlihatkan kehadiran takuk yang besar serta set fon telinga seakan Pixel Buds tersedia dalam kotak.

Video ini pada awalnya ditiris melalui saluran Telegram dari Ukrain. Ia dikatakan adalah set pra-keluaran. Menarik sekali, di dalam video nyahkotak ini, ia turut memperlihatkan di mana terdapat set fon telinga USB-C disertakan dengan rekaan seakan Google Pixel Buds.

Pixel 3 XL yang dikatakan berwarna Clearly White ini dilihat dijana dengan Snapdragon 845, memori 4GB RAM, 64GB storan, skrin bertakuk berresolusi 1440 x 2960 dan juga panel belakang yang dilihat seperti gabungan kaca dan plastik.

Google dikatakan bakal melancarkan Pixel 3 pada tarikh yang sama dengan Pixel dan Pixel 2 iaitu 4 Oktober kelak. Jika benar ini adalah rekaan akhir serta set yang akan dijual – berapa pula harganya?

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd