Carian
Video Yang Dikatakan Lenovo Z5 Pro Sebenar Tertiris – Memperlihatkan Kamera Yang Diluncurkan Secara Manual
September 6, 2018 Fahim Zahar

Baru-baru ini, Lenovo mempertontonkan video konsep untuk peranti dengan rekaan boleh-luncur secara manual. Kini, satu video tertiris memperlihatkan peranti sebenar tersebut.

Trend peranti dengan rekaan boleh-luncur dilihat semakin popular akhir-akhir ini. Oppo sebelum ini telah melancarkan Oppo Find X. Sementara pengeluar lain seperti Honor telah memperlihatkan Honor Magic 2 yang membawakan rekaan skrin boleh-luncur, selain Xiaomi turut memperlihatkan Mi Mix 3 dengan rekaan lebih kurang sama.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Lenovo akan memasarkannya atau sebaliknya. Apa-apa pun sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Lenovo berkaitan peranti ini.

Komen