Cari @ Amanz

Rekaan Paparan Pintar Google Home Hub Tertiris

Link Copied!

Sejak beberapa bulan yang lalu kedengaran ura-ura Google akan melancarkan Smart Display pertama mereka mengikut jejak langkah Lenovo Smart Display yang diperlihatkan di CES awal tahun ini. Hari ini rekaan Google Home Hub telahpun tertiris dan adalah paparan pintar keluaran mereka sendiri bagi bersaing dengan Amazon Echo Show.

Dari segi rekaan ialah dilengkapi sebuah skrin sebesar 7-inci dengan rekaan yang menyerupai speaker pintar Google Home Max sebelum ini. Ia dilengkapi pembesar suara dan mikrofon near filed yang membolehkan ia menerima arahan suara menggunakan Google Assistant.

Dari imej promosi tertiris, pemilik boleh menonton video, gambar dan menjadikannya hab untuk mengawal peranti berhubung di rumah. Tiada maklumat lengkap mengenai spesifikasi melainkan ia menggunakan pengecas 15W dan sebesar 490 gram. Google Home Hub akan dilancarkan pada acara Made By Google 9 Oktober ini bersama dengan dua peranti Pixel 3.


Komen ()