Cari @ Amanz

Samsung DeX Mungkin Akan Menyokong Sambungan Nirwayar Di Masa Hadapan

Link Copied!

Dengan Samsung DeX, telefon pintar dan tablet keluaran Samsung boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop. Ini dilakukan menerusi sambungan berwayar kepada monitor atau dok khas papan kekunci yang dikeluarkan oleh Samsung. Tetapi di masa hadapan, besar kemungkinan DeX boleh digunakan menggunakan sambungan nirwayar.

Menurut seorang moderator di forum rasmi Samsung DeX, sistem sambungan nirwayar kini sedang dalam pembangunan dan diuji tetapi penambahbaikan perlu dilakukan sebelum ia diberikan kepada pengguna. Berita buruk bagi Samsung ialah video acah Mate 20 telah menunjukkan fungsi ini akan disokong pada peranti keluaran Huawei ini kelak.

Tahun lalu Huawei memperkenalkan dahulu mod desktop Easy Projection yang hanya memerlukan kabel HDMI disambung kepada Mate 10. Samsung kemudian memperkenalkan sistem yang sama untuk DeX pada GalaxyNote 9 dan Galaxy Tab S4. Jelas sekali teknologi ini sudahpun wujud dan sedia digunakan. Sebagai pemilik Galaxy Note 9, kami berharap sistem DeX nirwayar ini akan disokong peranti dalam masa terdekat.


Komen ()