Cari @ Amanz

Samsung memperlihatkan peranti dengan skrin boleh lipat pertama mereka minggu lalu ketika acara Samsung Developer Congress. Pada hujung minggu yang lalu, Samsung W2019 pula dilancarkan. Seperti W2018 dan W2017 sebelum ini, W2019 ialah peranti pintar Android moden dengan rekaan clamshell yang boleh dilipat.

Peranti mempunyai dua skrin sebesar 4.2″, satu di bahagian luar dan satu lagi di bahagian dalam. Ia dijana pemproses Snapdragon 845, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128/256 GB, kamera utama 12+12 Megapixel, kamera swafoto 8-Megapixel dan bateri sebesar 3070 mAh. Walaupun baru dilancarkan, W2019 masih menggunakan Android 8.1 Oreo.

Di China Samsung W2019 dijual pada harga RMB 18999 (~RM 11420) sebuah dalam warna ros merah jambu dan perak. Seperti model terdahulu, W2019 hanya akan ditawarkan di pasaran Asia Timur sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd