Huawei Mencapai Sasaran Pengeluaran 200 Juta Unit Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Huawei Mencapai Sasaran Pengeluaran 200 Juta Unit Telefon Pintar Pada Tahun 2018

Diterbitkan pada Dis 24, 2018 oleh .

Pada 17 Disember yang lalu, Huawei menyasarkan pengeluar 200 juta telefon pintar sebelum 25 Disember. Menurut Cnet sasaran ini telah berjaya dicapai pagi ini sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pengeluar peranti kedua terbesar di dunia di belakang Samsung dan di hadapan Apple. Pencapaian Huawei amat membanggakan kerana pada tahun 2010 mereka hanya berjaya mengeluarkan 3 juta peranti sahaja.

Kejayaan melangkaui sasaran pengeluaran ini dibina atas kepopularan peranti seperti P20, Honor 10 dan Mate 20. Menurut angka yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics Februari yang lalu, Huawei mengeluarkan 153 juta peranti sepanjang 2017. Kejayaan ini pastinya menjadi batu loncatan kepada mereka untuk penjadi pengeluar peranti terbesar di dunia menjelang 2020.


TIPS & ULASAN