Tenaga Nasional Bhd sebelum ini telah pun mengambil-alih syarikat Setia Haruman Technology (SHTech), iaitu penyedia perkhidmatan internet di Cyberjaya. Kini, dengan ujian rintis yang dilakukan oleh TNB di Jasin, pihak SHTech turut menyertainya melalui penawaran daripada City Broadband.
Untuk makluman, City Broadband sebelum ini telah sedia ditawarkan di Cyberjaya dan juga Bangsar South. Penambahan di Jasin merupakan kawasan ketiga yang mempunyai penawaran perkhidmatan daripada pihak mereka.
City Broadband menawarkan empat pilihan pakej, iaitu:
- 50 Mbps pada harga RM79 sebulan.
- 100 Mbps pada harga RM99 sebulan.
- 500 Mbps pada harga RM139 sebulan.
- 1Gbps pada harga RM199 sebulan.
Kesemuanya menawarkan kelajuan muat-naik dan muat-turun yang simetrikal, selain hadir dengan pilihan kontrak selama 24 bulan atau 12 bulan.
Selain pakej secara berasingan ini, pihak Astro juga turut menawarkan pakej mereka melalui penawaran City Broadband, dinamakan sebagai Astro Broadband Bundle.