Ini Mungkin Rekaan Motorola Razr Baharu Dengan Skrin Boleh-Lipat

Ini Mungkin Rekaan Motorola Razr Baharu Dengan Skrin Boleh-Lipat

Diterbitkan pada Jan 21, 2019 oleh .

Minggu lalu kami melaporkan Motorola mungkin akan melancarkan semula peranti Razr yang cukup ikonik untuk generasi baharu. Peranti ini dikatakan akan mempunyai skrin boleh-lipat dan dijual pada harga melangkaui RM 6000 apabila dilancarkan kelak. Hari ini paten terkini dari Motorola telah tertiris dan mungkin adalah rekaan Razr yang bakal dilancarkan kelak.

Dari belakang ia mengekalkan rekaan Razr yang cukup dikenali lengkap dengan skrin kecil pada belakang penutup. Turut dapat dilihat lubang kamera dan mungkin pengimbas cap jari fizikal. Apabila dalam posisi terbuka, peranti mempunyai skrin memanjang seperti peranti semasa dengan bahagian dagu yang sekali lagi mengekalkan rekaan Razr asal. Paten kedua ini amat berbeza dengan paten peranti skrin boleh-lipat yang difailkan oleh Motorola sebelum ini.

Penghasilan peranti retro dipopularkan semula oleh Nokia dua tahun lalu dengan Nokia 3310 2017. Sambutan agak menggalakkan dari pengguna yang mahu mengimbau semula zaman mereka awal memiliki telefon selular. Adalah percaturan Motorola dengan rekaan klasik Razr ini akan turut mendapat reaksi yang sama?


TIPS & ULASAN