Sony Memperlihatkan Sistem DepthSense Pada Kamera TOF Yang Mungkin Digunakan Pada Xperia XZ4

Sony Memperlihatkan Sistem DepthSense Pada Kamera TOF Yang Mungkin Digunakan Pada Xperia XZ4

Diterbitkan pada Feb 2, 2019 oleh .

Dua hari yang lalu spesifikasi Sony Xperia XZ4 telah tertiris ke arena web memperlihat spesifikasi kamera dan bateri yang menakjubkan. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 52+16+TOF Megapixel yang tidak pernah digunakan oleh mereka sebelum ini. Hari ini mereka memperlihatkan video kemampuan sistem DepthSense kamera TOF yang besar kemungkinan digunakan pada Xperia XZ4.

Menerusi DepthSense, peranti mempunyai kemampuan realiti terimbuh yang lebih tepat berbanding sistem yang digunakan pada model terdahulu. Kamera TOF boleh mengimbas dunia sebenar secara 3D sekaligus menempatkan objek maya di dalam dunia sebenar apabila dilihat pada skrin peranti. Selain membolehkan hasil seni dihasilkan, ia turut mampu memberikan pengalaman permainan realiti terimbuh yang lebih realistik sama seperti video promosi Galaxy S10 yang tertiris semalam.

Kamera TOF mula digunakan oleh pengeluar sejak beberapa bulan yang lalu. Ia digunakan pada Honor View20 dan Oppo R15 Pro. Terdapat ura-ura Apple juga akan menggunakannya pada model iPhone akan datang. Adakah dengan TOF akhirnya penggunaan aplikasi terimbuh akan meletus tahun ini?


TIPS & ULASAN