Rekaan Huawei P30 Dan P30 Pro Tertiris Menerusi Laman Spigen

Rekaan Huawei P30 Dan P30 Pro Tertiris Menerusi Laman Spigen

Diterbitkan pada Feb 7, 2019 oleh .

Telefon Huawei P30 dan P30 Pro akan dilancarkan pada penghujung Mac menurut sumber dari Poland. Sebelum ini hanya rekaan P30 Pro tertiris mendedahkan sistem catur-kemera pada bahagian belakang. Hari ini rekaan kedua-dua peranti tertiris menerusi imej pengolokan kerangka keluaran Spigen.

Huawei P30 hanya dilengkapi sistem tri-kamera yang disusun menegak pada bahagian kiri peranti. Pada bahagian hadapan peranti mempunyai skrin bertakuk kecil. Nampaknya Huawei tidak menyertakan sistem imbasan wajah 3D seperti yang digunakan pada Mate 20 Pro tahun lalu. Setakat ini Buat masa ini, info penuh mengenai telefon pintar Huawei

Mengikut ura-ura sebelum ini, ia dikatakan akan menawarkan tri-kamera 40-megapixeldengan zoom sehingga 5-kali, selain sokongan bicu audio dan memori sehingga 12GB RAM. Apakah pendapat anda mengenai rekaan dua peranti yang tertiris ini?


TIPS & ULASAN