Cari @ Amanz

Samsung pada minggu lepas telah memperkenalkan dua keluarga telefon pintar baru, iaitu Galaxy S10 dan juga Galaxy Fold. Kini, walaupun terlalu awal, desas-desus awal mengenai telefon pintar Galaxy Note 10 telah pun kedengaran.

Samsung Galaxy S10 5G

Menurut SamMobile, melalui beberapa sumber awal, ia dikatakan Samsung Galaxy Note 10 akan menyertakan empat kamera pada bahagian belakang – lebih kurang sama seperti Galaxy S10 5G. Ia tidak diketahui lagi sama ada sistem kamera yang ditawarkan adalah lebih kurang sama seperti pada Galaxy S10 5G atau akan menawarkan sistem rakaman yang lebih baik lagi.

Walaubagaimanapun, ia boleh dikatakan desas-desus ini masih pada peringkat awal. Ia masih menjadi persoalan sama ada sokongan empat kamera belakang ini pada telefon pintar versi 5G atau semua, dan sama ada Samsung akan kekal menggunakan nama Galaxy Note untuk telefon berkenaan atau nama keluarga baru.

Samsung kebiasaannya memperkenalkan Galaxy Note pada bulan Ogos atau September, dan mungkin kita akan mendengar lebih banyak desas-desus berkenaan dengannya dalam bulan-bulan akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd