Cari @ Amanz

Meizu Zero Gagal Mengumpul Dana Di Indiegogo – Hanya Menerima Sokongan 29 Pengguna

Link Copied!

Meizu Zero ialah telefon pintar nirlubang pertama di dunia yang diperlihatkan pada Januari yang lalu. Ia menggantikan butang sisi dengan butang haptik dan dicas menggunakan dok khas yang direka oleh Meizu. Sejurus selepas diumumkan, Meizu cuba mengumpul dana menerusi laman biayasama Indiegogo bagi memulakan projek.

Tempoh mengumpul dana telahpun tamat dan ia gagal mencapai sasaran $100,000. Hanya 29 individu memberikan sokongan dengan dana terkumpul $45,998. Kini pengasas Meizu, Jack Wong mengatakan Zero hanyalah sebuah peranti yang cuba menghasilkan publisiti bagi syarikat beliau menerusi laman Weibo beliau. Ia tidak pernah dihasilkan dengan tujuan untuk dipasarkan secara meluas dan hanya peranti projek pra-penyelidikan. Dengan Meizu Zero tidak lagi ingin dihasilkan, hanya Vivo APEX 2019 satu-satunya peranti nirlubang yang kini masih belum dibatalkan.


Komen ()