Cari @ Amanz

Selama tiga peranti kelas pertengahan Samsung Galaxy A50, Galaxy A30 dan Galaxy M20 dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Menarik sekali harga jualan yang ditawarkan adalah mampu milik jika dibandingkan dengan model tahun lalu. Tahun ini beberapa lagi peranti kelas pertengahan akan dilancarkan oleh Samsung bagi memenuhi keperluan pengguna. Hari ini rekaan Samsung Galaxy A40 pula tertiris dengan skrin bertakuk Infinity-U.

Dari segi rekaan ia kelihatan sama seperti Galaxy A50 dan A30 sebelum ini yang mempunyai rekaan hampir semua skrin. Menurut laman Winfuture, Galaxy A40 akan dilengkapi skrin sebesar 5.7″, dijana cip Exynos 7885, memori sehingga 4GB, storan sehingga 64GB, kamera utama 16+8 MP, kamera hadapan 16-Megapixel dan bateri sebesar 4000 mAh.

Memandangkan ia sebuah peranti dari keluarga Galaxy A, ia besar kemungkinan akan menggunakan panel SAMOLED dan menyokong pengecasan pantas 15W menerusi port USB-C. Samsung akan mengadakan acara khas pada 10 April, besar kemungkinan Galaxy A40 akan dilancarkan pada tarikh tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd