Siri Honor 10 mula dilancarkan pada April tahun lepas. Terdapat empat telefon dalam siri ini; Honor 10, Honor 10 GT dan juga Honor 10 Lite. Honor 10 dan Honor 10 GT dijana dengan Kirin 970, kerana ia adalah peranti mercu dari Honor pada tahun lepas. Honor 10 Lite pula dijana Kirin 710, kerana ia adalah kelas pertengahan.
Terkini, untuk siri Honor 10 tahun 2019 – Honor melancarkan Honor 10i. Peranti ini menggunakan skrin dengan takuk kecil bersaiz 6.21-inci dan mempunyai skrin dengan nisbah-ke-badan 91%. Untuk cip pemprosessan, ia dijana Kirin 710 dan dipadankan dengan memori 4GB RM dan 128GB storan dalaman bateri 3400mAh.
Untuk kamera, Honor 10i dilihat lebih fokus kepada kamera berbandimg adiknya Honor 10. Terdapattiga kamera di belakang – di mana ia menggunakan gabungan sensor 24MP+8MP+2MP. Untuk kamera swafoto, ia hadir dengan lensa 32MP dan menjalankan EMUI 9.0. Untuk pilihan warna, Honor kekal dengan pilihan warna cerun biru, cerun ungu dan juga hitam biasa. Ia sudah rasmi di Rusia dan dijual pada harga RUB 19,990, iaitu sekitar RM1273 sahaja.