Samsung Galaxy Note 10 Dilaporkan Tidak Akan Mempunyai Butang Fizikal Seakan HTC U12+

Samsung Galaxy Note 10 Dilaporkan Tidak Akan Mempunyai Butang Fizikal Seakan HTC U12+

Diterbitkan pada Mac 27, 2019 oleh .

Anda ingat lagi dengan HTC U12+? Ia adalah antara peranti pertama dilancarkan tanpa sebarang butang fizikal, tetapi menggunakan kawalan sentuhan haptik. Peranti ini juga adalah antara yang pertama yang mempunyai fungsi memicit untuk mengakses aplikasi. Terkini, Samsung dilaporkan turur akan hadir dengan peranti yang sedemikian.

Menurut laporan, peranti ini mungkin adalah peranti mercu Samsung yang seterusnya – Galaxy Note 10. Kawalan sentuhan haptik ini bukanlah sesuatu yang digemari ramai, ini kerana ia akan mengambil masa untuk mula rasa selesa digunakan. Pandangan kami terhadap HTC U12+ dahulu juga agak negatif. Galaxy Note 10 kelak, dikatakan akan menggantikan butang fizikal dengan kawalan sentuhan atau juga gesture. Apa yang baik di sini adalah, tiada lagi butang Bixby!

Fungsi memicit pula dilihat agak membantu. Contohnya Pixel 2 dan Pixel 3, Google kekalkan fungsi ini kerana ia lebih mudah digunakan berbanding arahan suara untuk akses Google Assistant. Jadi, kelak mungkin Bixby perlu diakses dengan picitan? Lebih kurang lima bulan lalu, SamMobile melaporkan yang Samsung telah pun mempatenkan peranti nirbutang ini.

Samsung Galaxy S10 5G

Sumber turut menyatakan yang, ada kemungkinan besar Samsung akan menguji fungsi ini pada siri peranti siri Galaxy A terlebih dahulu. Contohnya, Galaxy A9 dengan sistem quad-kamera, kini terdapat pada Galaxy S10 5G. Galaxy Note 10 turut dilaporkan akan mempunyai quad-kamera. Kemudian Galaxy A8s dengan skrin berlubang yang kini terdapat pada kesemua Galaxy S10. Jika benar, Samsung akan hadir dengan peranti sebegini, adakah konsep peranti nirbutang/nirlubang seperti Vivo Apex 2019 dan Meizu Zero akan menjadi realiti?


TIPS & ULASAN