Cari @ Amanz

Oppo Reno Akan Dilancarkan Pada 24 April

Link Copied!

Pra-tempahan untuk Oppo Reno telah dibuka di China pada minggu lalu. Adalah agak berani ini dilakukan sedangkan spesifikasi penuh dan rekaan sebenar masih lagi misteri, Setakat hanya imej pengolokan yang telah tertiris serta ura-ura penggunaan sistem zum 10X nirhilang disertakan. Penantian untuk pelancaran Oppo Reno akan berakhir pada 24 April kelak.

Oppo telah mula mengedarkan jemputan ke majlis pelancaran Reno pada tarikh tersebut yang akan berlangsung di Zurich, Switzerland. Peranti mercu ini akan dilengkapi cip Snapdragon 855 bagi memberikan prestasi yang tinggi. Sistem tri-kamera dengan zum 10X nirhilang yang sebelum ini diperlihatkan di MWC dijangka akan digunakan pada Reno. Ini sekaligus memberikan persaingan kepada Huawei P30 Pro yang turut mempunyai sistem zum yang menakjubkan ini.


Komen ()