Lenovo Hadir Dengan Video Acah Memperlihatkan Kehebatan Kamera Lenovo Z6 Pro

Lenovo Hadir Dengan Video Acah Memperlihatkan Kehebatan Kamera Lenovo Z6 Pro

Diterbitkan pada Apr 22, 2019 oleh .

Lenovo Z6 Pro akan dilancarkan tidak lama lagi. Setakat ini, peranti ini dilihat memadatkan banyak spesifikasi hebat seperti, sistem penyejukan cecair bertaraf sebuah PC, kamera dengan lapan-paksi OIS dan cip pemprosessan berkuasa Snapdragon 855.

Terkini, Lenovo dilihat telah hadir dengan beberapa video yang memperlihatkan kehebatan peranti terbaru mereka ini. Video pertama seperti di atas, mengacah kehebatan sistem OIS peranti mereka. Dalam video ini turut mengesahkan yang peranti ini hadir dengan pengimbas cap jari bawah skrin dan juga rekaan skrin bertakuk kecil.

Lenovo turut hadir dengan video acah kemampuan merakam gambar makro 2.39mm. Seperti yang dijangkakan, peranti ini tidak mempunyai lensa makro – tetapi akan menggunakan lensa zoom mereka yang dilihat mempunyai kemampuan rakaman makro. Lenovo turut telah kongsikan beberapa sampel gambar yang diambil dengan peranti ini. Dalam kategori peranti mercu setakat ini yang mempunyai tetapan empat-kamera adalah Huawei P30 Pro, Galaxy S10 5G dan kini yang ketiga Lenovo Z6 Pro.

This slideshow requires JavaScript.

Peranti ini akan dilancarkan secara rasmi 26 April ini. Namun, ia hanya terhad untuk pasaran di China sahaja.


TIPS & ULASAN