OnePlus 7 Pro Mungkin Berharga RM900 Lebih Mahal Berbanding OnePlus 6T
Fahim Zahar
Siri OnePlus 7 akan dilancarkan pada 14 Mei kelak. Kemungkinan besar akan terdapat banyak model yang bakal dilancarkan serentak. Jika ura-ura benar, kita mungkin akan lihat OnePlus 7, OnePlus 7 Pro dan juga OnePlus 7 5G. OnePlus 7 dijangka hadir dengan rekaan yang sedikit berbeza dengan OnePlus 7 Pro – termasuk versi Pro dijangka menggunakan kamera pop-naik, sementara model biasa menggunakan kamera pada takuk.
Exclusive for @androidcentral:
OnePlus 7 Pro European Price-
6+128GB: € ??? (Unknown ATM)
8+256GB: € 749/759
12+256GB: € 819/829
Colours: Mirror Grey, Almond, Nebula Blue
(Please DO NOT convert to other currencies, prices will differ region by region.)https://t.co/UXkSiaOgQD pic.twitter.com/f3UOPeDuFS— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) April 24, 2019
OnePlus juga dijangka menyertakan skrin pada kadar segar semula 90Hz dan dikatakan akan dijual pada harga lebih mahal berbanding OnePlus 6T. Terkini, peniris terkenal @ishanagarwal24 mengicau harga OnePlus 7 Pro. Ia dikatakan akan dijual pada harga €749 untuk variasi 8+256GB dan untuk variasi 12+256GB dikatakan akan dijual pada harga €819.
Jika dibandingkan dengan OnePlus 6T, harga Euro adalah €549. Ini bermakna terdapat peningkatan sebanyak €200 (~RM922). Jika kita lihat harga pasaran di Malaysia, OnePlus 6T ketika pelancaran dijual pada harga RM2588. Jika benar peningkatan sehingga RM922 ini, harga OnePlus 7 Pro di Malaysia boleh mencecah RM3510 untuk model asas.