Carian
Rasmi – Samsung Galaxy Note 10 Akan Dilancarkan Pada 7 Ogos
July 2, 2019 Effi Saharudin

Tarikh pelancaran Samsung Galaxy Note 10 kini disahkan akan berlaku pada 7 Ogos hadapan. Video acah peranti yang akan dilancarkan telah dikongsi oleh pihak Samsung pada laman rasmi serta akaun media sosial mereka. Tidak seperti tahun sebelumnya, dua model Galaxy Note 10 akan dilancarkan tahun ini.

Sebelum ini kami melaporkan model yang dilancarkan ialah Galaxy Note 10 dan Galaxy Note 10+. Model Galaxy Note 10+ akan mempunyai skrin yang lebih besar serta hadir dengan rekaan skrin Infinity-O dengan kamera pada bahagian tengah skrin. Tiada lagi penggunaan dwi-kamera hadapan seperti yang dilihat pada Galaxy S10+ sebelum ini. Turut akan dilancarkan adalah Galaxy Watch Active 2 dan mungkin Bixby Home.

Komen