Google Pixel C Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Lagi

Google Pixel C Mungkin Tidak Akan Menerima Kemaskini Lagi

Diterbitkan pada July 2, 2019 oleh .

Pada awal bulan Jun, Google telah menghentikan penjualan tablet Pixel Slate versi Intel Celeron. Kemudian hujung bulan Jun, Google dilaporkan terus akan berhenti mengeluarkan tablet dan hanya akan memfokuskan kepada komputer riba.

Terkini, ada kemungkinan tablet pertama Google tersendiri Pixel C – dilaporkan mungkin tidak lagi akan menerima kemaskini tampalan sekuriti bulanan. Ini kerana Pixel C dilancarkan pada tahun 2015 dan jualannya dihentikan pada tahun 2017. Menurut Google, produk yang tidak lagi dijual oleh mereka akan mendapat kemaskini lagi 18 bulan – yang mana kini sudah pun mencapai tempoh tersebut.

Google Pixel

Saya yakin ada sahaja pengguna di Malaysia menggunakan peranti ini. Jika Google telah tamatkan sokongan kemaskini, custom ROM banyak terdapat di luar sana yang boleh memberi kehidupan terhadap tablet ini.

Walau bagaimanapun, masih ada lagi harapan – kerana Google masih belum mengumumkan tarikh luput rasmi buat peranti ini. Seperti peranti Nexus 6P dan Nexus 5X, dua peranti ini mendapat kemaskini terakhir mereka pada November tahun 2018 – iaitu sebulan selepas tarikh tamat tempoh rasmi mereka.


TIPS & ULASAN