Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Watch Active 2 Tertiris

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Watch Active 2 Tertiris

Diterbitkan pada July 12, 2019 oleh .

Pasaran jam tangan pintar tahun ini didominasi oleh Apple Watch. Namun begitu Samsung masih lagi meneruskan usaha mereka menerusi platform Tizen dan ia sebenarnya lebih mendapat sambutan berbanding WearOS. Hari ini imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Watch Active 2 akhirnya tertiris. Seperti imej yang tertiris sebelum ini, tiada lagi sistem bezel berputar akan disertakan.

Maklumat yang diketahui setakat ini ialah Galaxy Watch Active 2 akan hadir dalam dua saiz 40mm dan 44mm. Ini adalah saiz yang lebih besar berbanding Galaxy Watch Active yang dilancarkan Februari lalu. Keseluruhan tubuh diperbuat daripada logam yang dibulatkan dan dua butang kawalan pada bahagian sisi.

Turut kedengaran ura-ura ia akan akhirnya hadir dengan sistem ECG dan pengesan jatuh seperti Apple Watch 4. Samsung akan melancarkan jam tangan ini serentak dengan Galaxy Note 10 pada 7 Ogos hadapan.


TIPS & ULASAN