Essential Phone boleh dikatakan adalah peranti alternatif kepada Google Pixel. Ia menjalankan Android asli versi tersendiri dan turut mendapat kemaskini yang pantas, setaraf Google Pixel. Peranti ini dikenali ramai kerana ia adalah antara peranti Android pertama yang menggunakan rekaan takuk kecil.
#AndroidQ Beta users—Q Beta 5 is now available for Essential Phone!
Please note: Our Beta Program app is temporarily under maintenance and opting in/out is unavailable right now. Those already enrolled will still receive updates. https://t.co/o6f8tGDdlN
— Essential (@essential) July 12, 2019
Walaupun peranti ini sudah dihentikan pengeluarannya, pihak Essential telah menjanjikan yang peranti ini akan menerima kemaskini rasmi sehingga Android Q. Kini, Essential telah mengicau yang peranti mereka Essential PH-1 turut menerima kemaskini Android Q Beta 5. Android Q Beta 5 membawakan sokongan kawalan gestur yang ditambahbaik, membaiki beberapa pepijat dan juga menjadikan prestasi peranti sedikit lebih pantas berbanding Android Q Beta 4.
Android Q mungkin adalah kemaskini terakhir buat peranti ini dan tahun ini, 2019 sudah pun menjadikan usia peranti ini 2 tahun. Essential Phone juga sudah menerima kemaskini empat generasi Android, dari Nougat, Oreo, Pie dan kini Q. Di masa hadapan kelak, kita masih tidak tahu jika peranti Essential PH-2 yang dipatenkan akan dikeluarkan atau tidak. Jadi bagi pengguna Essential Phone, nikmati sahaja kemaskini baharu ini dan sama-sama kita nantikan berita baru dari Essential kelak.