Carian
Tiga Model Galaxy Watch Active 2 Akan Dilancarkan – Fungsi ECG Hanya Akan Diaktifkan Pada Tahun 2020
July 17, 2019 Effi Saharudin

Sebelum ini kami melaporkan dua model jam tangan pintar Samsung Galaxy Watch Active 2 akan dilancarkan pada 7 Ogos hadapan. Kedua-dua model dengan saiz 40 dan 44mm ini turut dipercayai akan hadir dengan sensor ECG serta pengesan jatuh. Tetapi semalam maklumat terbaru diterima yang mendakwa tiga model jam tangan akan dilancarkan.

Model ketiga ini akan menggunakan penjenamaan Under Armor. Perbezaan model ini ialah muka jam eksklusif, rekaan tali jam yang lebih sesuai untuk aktiviti sukan serta langganan perkhidmatan Under Armor selama enam bulan percuma. Bagi yang menantikan fungsi ECG terdapat berita buruk bagi anda kerana ia hanya akan diaktifkan menerusi kemas kini pada tahun hadapan.

Samsung tidak sempat mendapatkan pengiktirafan dari pihak FDA Amerika Syarikat sebelum pelancaran produk. Seperti Apple Watch 4, fungsi ECG yang dapat mengesan serangan jantung ini hanya diaktifkan menerusi kemas kini perisian pasca pelancaran.

Komen