Cari @ Amanz

Lenovo Z6 Pro Menerima Skor DXOMark Sebanyak 95 – Lebih Baik Berbanding iPhone 8 Plus

Link Copied!

Lenovo Z6 Pro adalah peranti mercu Lenovo untuk tahun ini. Sebelum ia dilancarkan, Lenovo dengan bangga mengiklankan peranti ini mempunyai kamera yang hebat seperti sokongan makro, rakaman 100 Megapixel dan juga rakaman video 5G. Namun, itu hanyalah gimik semata-mata seperti Lenovo Z5 sebelum ini.

Terkini, pihak DXOMark telah mengeluarkan skor tanda aras buat kamera peranti ini. Lenovo Z6 Pro hanya mendapat skor 95, yang mana ia adalah lebih baik daripada iPhone 8 Plus. Sayang sekali, jika dibandingkan dengan peranti mercu tahun lepas dan tahun ini – Lenovo Z6 Pro masih berada di tangga yang bawah.

Skor video DXOMark memberi 76 dan untuk foto adalah 103. Skor video agak teruk untuk peranti yang kononnya mempunyai kehebatan rakaman 5G. Untuk foto agak baik, tetapi dalam artikel DXOMark Xiaomi Mi 9 mempunyai hasil imej yang jauh lebih baik. Bukan itu sahaja, hasil mod potret juga agak mengecewakan. Peranti ini tidak dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi ada sahaja set import. Adakah anda ingin membelinya?


Komen ()