Carian
Imej Pengolokan Pixel 4 Tertiris – Hadir Dengan Dahi Tebal
July 21, 2019 Fahim Zahar

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL adalah peranti mercu baharu Google untuk tahuun ini. Selepas imej pengolokan tertiris pada bulan Jun, Google terus mengicau imej pengolokan dengan rekaan yang sama. Kebanyakan iimej pengolokan yang tertiris adalah Pixel 4 XL dan hanya memperlihatkan beberapa sudut sahaja. Terkini, imej pengolokan Pixel 4 (bukan XL) telah tertiris dengan lebih jelas.

Menurut sumber, Pixel 4 akan mempunyai saiz skrin sebesar 5.6-inci dan masih tidak akan menyertakan bicu audio 3.5mm. Bukan itu sahaja, berdasarkan imej yang tertiris Pixel 4 dilihat akan terus menggunakan panel belakang kaca dan kali ini tidak lagi menggunakan rekaan dua tona warna. Rekaan Pixel 4 dilihat masih mempunyai elemen rekaan Pixel 3, cuma di bahagian hadapan ia menggunakan rekaan dahi tebal dan bukannya rekaan nirbingkai.

Di bahagian belakang kelihatan kamera dengan rekaan empat segi, yang mana mungkin akan menyokong lensa zoom optikal dan juga penggambaran ruang warna P3. Bagi yang masih risau akan prestasi Pixel yang perlahan, Pixel 4 turut dilaporkan akan menggunakan memori 6GB RAM. Google kebiasaannya akan melancarkan peranti baharu pada bulan Oktober, melalui acara Made by Google. Sama-sama kita nantikan.

Komen