Sukan Olimpik 2020 di Tokyo ingin menjadi acara sukan paling lestari dalam sejarah penganjuran. Oleh itu sejak 201, pihak penganjur telah memulakan projek mengumpul sisi elektronik dari seluruh Jepun bagi mengitarnya semula menjadi lebih 5000 pingat yang ditawarkan kepada pemenang acara.
Rekaan pingat emas, perak dan gangsa untuk Olimpik 2020 akhirnya diperlihatkan oleh pihak penganjur. Sebanyak 79,000 tan peralatan elektrik dan 6.1 juta telefon mudah alih telah berjaya dikumpulkan. Hasilnya 32 kg emas, 3,500 kg perak dan 2,200 kg gangsa berjaya diperolehi. Selain menjadi temasya sukan paling lestari, Tokyo juga ingin menjadi acara paling canggih dengan penggunaan robot dan kenderaan elektrik di perkampungan sukan.