Honor 10 adalah peranti mercu Honor pada tahun lepas dan ia dijana dengan Kirin 970, yang mana cip yang sama digunakan pada siri Huawei P20. Manakala, Honor 8X pula adalah peranti kelas pertengahan tahun ini yang dijana dengan cip Kirin 710.
Thank you for showing your interest for Android Q. We would like to inform you that our software team has already evaluated and confirmed the compatibility of Android Q upgrade with Honor 8X.
— Honor India (@HiHonorIndia) July 19, 2019
Thank you for showing your interest for Android Q. We would like to inform you that our software team has already evaluated and confirmed the compatibility of Android Q upgrade with Honor 10.
— Honor India (@HiHonorIndia) July 18, 2019
Kedua-dua peranti ini disahkan oleh Honor India akan menerima kemaskini EMUI 10 berasaskan Android Q. Namun pihak Honor tidak memberikan sebarang tarikh atau jadual bila kemaskini ini akan mula diedarkan. Tetapi berkemungkinan besar Honor akan hadir dengan ujian beta terlebih dahulu. EMUI 10 juga masih belum bersedia, Huawei hanya akan memperlihatkannya pada 9 Ogos kelak.
Thank you for reaching out to us. We would like to inform you that our software team has confirmed the compatibility of device with EMUI 9.0/Android Pie and expected to be released the final version of EMUI 9.0/Android Pie tentatively by end of July 2019.
— Honor India (@HiHonorIndia) June 27, 2019
Bagi pengguna Honor 7X pula, Honor telah mengesahkan yang kemaskini EMUI 9 berasaskan Android Pie akan mula diedarkan bermula hujung bulan Julai secara berperingkat.
Bagi yang menantikan kemaskini untuk setiap peranti ini, harap anda semua bersabar dan teruskan ikuti Amanz untuk berita lanjut.