Cari @ Amanz

Telekom Malaysia hari ini telah menghantar jemputan media untuk suatu acara yang dijadualkan pada minggu hadapan. TM meneruskan penggunaan kata tagar #KhabarBaik, dan kali ini ia dilihat mungkin akan lebih memfokuskan kepada pengguna Streamyx.

TM Streamyx Satu Peluang

Untuk makluman, pada minggu lepas, TM telah mengumumkan penurunan harga untuk pakej Streamyx 8Mbps, dan menjanjikan akan berkongsi lanjut mengenainya dalam masa terdekat. Melalui perubahan harga ini, pakej Streamyx 8Mbps akan ditawarkan kepada pengguna sedia ada pada harga serendah RM69 sebulan. Acara #KhabarBaik baru ini dijangka akan berkongsi lanjut berkaitan dengannya – termasuk apakah pakej dan penawaran baru untuk pengguna Streamyx pada pakej kelajuan-kelajuan lain.

TM KhabarBaik Streamyx

TM sebelum ini mengatakan mereka akan menaik-taraf pengguna Streamyx sedia ada menggunakan beberapa kaedah, termasuk menggunakan rangkaian fiber, penggunaan teknologi Giga Wire, dan juga melalui penggunaan jalur-lebar tanpa wayarUnifi Air. TM menyasarkan semua ini selesai dinaik-taraf menjelang penghujung 2020 kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan dalam masa 5 hari lagi untuk mendengar sendiri kisah seterusnya daripada pihak TM berkaitan penawaran untuk pengguna Streamyx ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd