LG Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Berlubang Ditengah
LG

LG Mempatenkan Peranti Dengan Skrin Berlubang Ditengah

Diterbitkan pada Ogos 7, 2019 oleh .

Pagi tadi LG ada mengacah sebuah peranti baharu yang akan diperkenalkan di acara IFA 2019 di Berlin. Peranti ini dilihat mempunyai dwi skrin di dalam dan satu skrin kecil di luar. Tidak pasti lagi sama ada ia adalah peranti itu sendiri atau aksesori skrin kedua seperti yang diperlihatkan pada LG V50 sebelum ini.

Baru-baru ini, satu paten peranti LG dengan skrin berlubang telah tersebar di Internet. Peranti dilihat menggunakan rekaan lubang seakan Samsung Galaxy S10 Plus, cuma ia berada di bahagian tengah seakan posisi Galaxy Note 10. Menurut sumber, bahagian berlubang ini memuatkan dua sensor dan juga satu kamera swafoto. Jadi, ada kemungkinan besar fungsi kawalan gestur atas udara pada LG G8 – Air Motion. Tidak dinafikan jika LG turut akan menyertakan sistem sekuriti HandID mereka.

Tiada sebarang informasi sama ada peranti ini berada dalam siri LG V atau LG G. Kita hanya akan tahu informasi penuh mengenai peranti ini selepas ia diperkenalkan nanti. Sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN