Carian
Xiaomi Mengacah Kehadiran Peranti Dengan Kamera 108MP – Mungkin Mi MIX 4?
August 7, 2019 Fahim Zahar

Realme dijangka akan memperkenalkan peranti dengan kamera 64MP esok. Begitu juga dengan Redmi yang sedikit demi sedikit informasi hadir di arena web. Kedua-dua peranti ini dikatakan menggunakan sensor ISOCELL daripada Samsung dan akan memberikan hasil imej yang memberangsangkan.

Tidak hirau dengan kata-kata Zeiss yang telefon pintar dengan lensa 40MP sudah lebih daripada cukup – Xiaomi mengacah yang mereka akan hadir dengan sebuah peranti dengan lensa yang lain daripada yang lain. Jika anda rasa 64MP tidak mencukupi, poster yang Xiaomi acah memberitahu yang peranti akan datang mereka akan mempunyai lensa 108MP. Lensa ini juga adalah daripada Samsung ISOCELL.

Peranti dengan kamera 108MP ini dijangka akan digunakan pada Mi MIX 4. Nampaknya untuk peranti mercu juga Xiaomi akan menggunakan lensa daripada Samsung dan tidak lagi menggunakan lensa Sony. Atau mungkin kedua-dua? Kita hanya akan ketahui informasi ini selepas Xiaomi mengumumkannya secara rasmi.

Komen