Apple ‘Mengunci’ Kemampuan Menukar Bateri iPhone, Walaupun Ia Bateri Asli

Apple ‘Mengunci’ Kemampuan Menukar Bateri iPhone, Walaupun Ia Bateri Asli

Diterbitkan pada Ogos 9, 2019 oleh .

iPhone dan bateri bukanlah satu gandingan yang sangat hebat. Bayangkan, pada tahun lepas sahaja sebanya 11 Juta bateri iPhone telah ditukar. Bateri pada iPhone tidak dinafikan amat kecil jika dibandingkan dengan Android, malah Apple juga tidak jujur dengan pengiklanan terhadap ketahanan bateri iPhone. Tetapi itu tidak menghalang Apple untuk menambah baik produk mereka. Jika sebelum ini Apple tidak akan membaiki iPhone yang baterinya telah ditukar pihak ketiga, tahun ini mereka sudah mula menerimanya.

Terkini, iFixit menemui satu masalah baru terhadap bateri iPhone. Apple kini ‘mengunci’ kemampuan membaiki/menukar sendiri bateri iPhone. Walaupun pengguna menggunakan bateri asli dari Apple, akan terdapat mesej yang memberitahu iOS tidak dapat mengesahkan sama ada bateri yang digunakan adalah asli. Secara tidak langsung perkara ini akan menyembunyikan data kesihatan bateri iPhone. Dengan data yang tidak boleh dilihat, pengguna sukar untuk mengetahui tahap kesihatan bateri atau bila bateri iPhone perlu ditukar.

iFixit turut menguji dengan menukar bateri sebuah iPhone dengan iPhone sama yang lain – mesej ini turut terpapar. Untuk mengelakkan hal ini berlaku, hanya Apple sahaja atau juruteknik yang diiktiraf Apple sahaja boleh menukarkan bateri iPhone. Mesej ini terpapar di dalam ‘Settings’ > ‘Battery’ > ‘Battery Health’ (ada teks ‘Service’ terpapar) > mesej amaran dan peratusan kapasiti maksima bateri tidak akan dipaparkan.

Perkara ini adalah disebabkan terdapatnya cip khas pada bateri iPhone bagi membuat pengesahan yang ia adalah bateri asli dan hanya yang terpilih sahaja dapat membuat pengesahan ini. Menurut iFixit, hanya bateri iPhone XR, XS dan XS Max sahaja yang terbabit buat masa ini.

Tetapi saya pasti buat masa ini tidak ramai pengguna iPhone XR, XS atau XS Max yang sudah ingin tukar bateri. iPhone-iPhone ini masih dikira baru, pelik jika anda sudah mula ingin tukar. Ketahanan baterinya juga mempunyai banyak penigkatan. Pada iOS 13 Public Beta 4, saya mampu mencapai sehingga 6 jam SOT pada iPhone XS.


TIPS & ULASAN