Samsung Mengadakan Program Beta Buat Galaxy Home Mini Di Korea

Samsung Mengadakan Program Beta Buat Galaxy Home Mini Di Korea

Diterbitkan pada Ogos 29, 2019 oleh .

Galaxy Home adalah pembesar suara pintar Samsung dengan Bixby terbina. Ia diperkenalkan pada tahun lepas bersama-sama dengan Samsung Galaxy Note 9. Duka cita dimaklumkan, pelancaran rasmi produk ini ditangguhkan. Kemudian pada tahun ini, rekaan Galaxy Home Mini pula telah tertiris yang memberi petanda akan ada produk yang lebih kurang sama tetapi mungkin lebih murah.

Nampaknya apa yang tertiris sebelum ini ternyata benar. Kerana Samsung Korea telah mengadakan program beta bagi menguji Galaxy Home Mini ini. Daripada laman web rasmi Samsung Korea, ia memberitahu yang Galaxy Home Mini ini adalah pembesar suara pintar Bixby yang dioptimasikan dengan AKG. Ia boleh digunakan untuk mengawal produk peranti berhubung dan menawarkan kualiti audio yang baik.

Buat masa ini tiada sebarang tarikh pelancaran lagi. Samsung akan mengujinya di Korea terlebih dahulu bagi mengumpul maklum balas dan mungkin juga data antara pengguna dan pembesar suara tersebut. Sama-sama kita nantikan untuk maklumat lanjut.


TIPS & ULASAN