Cari @ Amanz

Adakah jam tangan pintar Apple Watch Series 2 dan Series 3 anda mengalami masalah retak pada bahagian skrin? Sekiranya ya anda kini boleh melakukan gantian skrin yang retak ini secara percuma. Apple pagi ini mengumumkan program gantian skrin untuk Apple Watch Series 2 dan Series 3 yang diperbuat daripada bahan aluminium.

Apple mengesahkan jam tangan pintar ini mempunyai masalah skrin yang boleh retak bermula pada bahagian sisi sebelum merebak. Pelanggan yang mengalami masalah ini boleh melakukan gantian percuma di Apple Store atau pusat gantian rasmi Apple di seluruh dunia. Model-model yang terjejas kami senaraikan di bawah. Gantian hanya akan dilakukan pada model dalam lingkungan tiga tahun mula dipasarkan atau setahun dari tarikh pengumuman program gantian.

  1. Apple Watch Series 2 aluminium 38-42mm
  2. Apple Watch Nike+ Series 2 aluminium 38-42mm
  3. Apple Watch Series 3 (GPS) aluminium 38-42mm
  4. Apple Watch Series 3 (GPS + Selular) aluminium 38-42mm
  5. Apple Watch Nike+ Series 3 (GPS) aluminium 38-42mm
  6. Apple Watch Nike+ Series 3 (GPS + Selular) aluminium 38-42mm

Tahun ini ialah tahun program gantian Apple yang melibatkan skrin MacBook, bateri MacBook dan juga papan kekunci MacBook. Berita baik bagi pengguna ialah walaupun masalah wujud Apple akan menggantikan komponen yang rosak dengan percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd