Cari @ Amanz

Sokongan rasmi untuk kesemua peranti Windows 10 Mobile akan dihentikan bermula hari ini. Kesemua peranti yang menggunakan versi   tidak akan lagi menerima sokongan tampalan sekuriti sekaligus meletakkan batu nisan ke atas kubur sistem operasi peranti mudah alih Microsoft ini.

Pengumuman untuk menamatkan sokongan telah diberikan pada Januari lalu. Sokongan sandaran peranti akan berterusan sehingga 10 Mac 2020 manakala sokongan memuat naik gambar ke awanan dan mengembalikan tetapan peranti dari sandaran akan diberikan sehingga 12 bulan bermula hari ini. Windows 10 Mobile gagal memberikan saingan kepada Android dan iOS kerana penawaran aplikasi yang menyedihkan.

Bill Gates telah mendedahkan kegagalan sistem operasi ini adalah antara kesilapan terbesar dalam kerjaya beliau sebagai CEO dan menyalahkannya ke atas siasatan monopoli yang dihadapi Microsoft pada waktu tersebut yang mengakibatkan Motorola memilih Android pada peranti pintar mereka

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd