Bill Gates ialah insan yang mengubah dunia komputer peribadi pada dekad 80an dengan memperkenalkan sistem operasi Microsoft Windows. Beliau menyedari di masa hadapan perisian adalah lebih penting berbanding perkakasan. Oleh sebab itu beliau adalah salah seorang dari tiga hartawan di dunia dengan nilai harta melangkaui $100 bilion. Ini adalah beliau pintar mencari peluang perniagaan yang menguntungkan. Tetapi di acara Village Global yang berlangsung minggu lalu, Gates akhirnya mendedahkan kesilapan terbesar yang dilakukan sepanjang kerjaya beliau.
Kesilapan tersebut ialah kegagalan menghasilkan sistem operasi untuk peranti mudah alih. Ini boleh ditonton pada minit 11:49 dalam video di atas. Menurut Gates di dalam pasaran perisian, hanya ada satu tempat untuk sistem operasi yang tidak dihasilkan Apple. Microsoft gagal menghasilkan sistem operasi kedua ini dan ia kini dipegang dengan kuat oleh Google menerusi Android. Ketika artikel ditulis, Google memegang lebih 86% pasaran peranti pintar global.
Kerana kesilapan beliau ini, Microsoft gagal mendominasi sistem operasi mudah alih tidak seperti Windows mendominasi sistem operasi komputer peribadi. Tambah Gates lagi jika kesilapan tidak dilakukan, sebanyak $400 bilion (~RM 1.7 trilion) pegangan pasaran Google dalam dunia peranti pintar mudah alih akan dipegang oleh Microsoft.
Sistem operasi Windows 10 Mobile akan dihentikan sokongannya pada 10 Disember 2019. Microsoft berhenti menghasilkan telefon pintar mereka sendiri dua tahun yang lalu.
Kesilapan ini pasti menyengat kerana Microsoft antara terawal menghasilkan sistem operasi untuk peranti pintar mudah alih menerusi Windows Mobile pada tahun 2000. Ini diikuti pula oleh Windows Phone 7 pada tahun 2010. Akibat kegagalan syarikat milik beliau ini, Gates kini terpaksa menggunakan sebuah telefon pintar Android.
- Artikel – 5 Faktor Kegagalan Windows Phone