ZMI Melancarkan Pengecas Dalam Kereta 45W Dengan Piawaian USB-PD

ZMI Melancarkan Pengecas Dalam Kereta 45W Dengan Piawaian USB-PD

Diterbitkan pada Dis 17, 2019 oleh .

Tahun ini ZMI banyak melancarkan pelbagai jenis pengecas dan power bank. Yang paling menarik adalah pengecas 65W yang saiznya amat kecil, power bank 20,000mAh yang menyokong pengecasan pantas in/out dan pengecas USB-PD 30W yang mampu milik serta kompak.

Terkini, ZMI hadir dengan pengecas dalam kereta pula. Pengecas ini mempunyai sokongan sehingga 45W untuk pengecasan pantas seperti peranti Huawei. Ia juga hadir dengan piawaian USB-PD, jadi peranti seperti iPhone 8 ke atas atau Pixel boleh dicas dengan kuasa 18W tanpa masalah. Terdapat dua port, USB-A dan USB-C dan mempunyai rekaan yang ringkas sahaja. Jika pengguna memiliki peranti dengan sokongan USB-PD lain, pengecas ini mempunyai kuasa sehingga 27W. Untuk perlindungan, ia juga mempunyai cip agar peranti tidak terlebih cas dan hanya di cas pada kadar yang sepatutnya sahaja.



TIPS & ULASAN